ASAL-USUL NAMA KAMPUNG SEBIRIS, LUNDU,SARAWAK
Kampung Sebiris atau
Sabiris dalam sebutan orang Salako telah
dibuka lebih dua ratus tahun yang lalu. Wabak taun yang melanda pada tahun 1816
di Kampung Sedemak iaitu salah sebuah petempatan awal orang Salako di Lundu
telah menyebabkan penghijrahan penduduk Salako bermula. Penduduk awal yang
meneroka petempatan di kawasan Kampung Sebiris ini telah membawa bersama
pecahan batu keramat dari Kampung Sedemak yang dikenali sebagai Batu Bide’. Batu Bide’ ini adalah batu yang menyerupai bide’ atau sejenis tikar yang diperbuat daripada rotan dan kulit
pokok terap. Batu tersebut dipercayai digunakan oleh Binua (ketua adat) untuk upacara adat termasuklah membayar niat,
menilik serta memohon bantuan kepada Jubata
(Tuhan). Dengan adanya batu ini membenarkan mereka membina rumah adat utama
yang dikenali sebagai Pabuisatn Guna.
Pada masa itu,
petempatan yang belum bernama ini menjadi tumpuan penduduk dari kawasan
petempatan Salako di Tebaro, Serayan,
Keranji, Paon, Semapu, Sebako, Titiakar, Rukam dan Jangkar kerana hanya di
kawasan ini sahaja yang memiliki Rumah Adat Utama. Setiap tahun, sebulan
selepas Gawai Padi satu upacara adat Salako iaitu Basansam akan dilakukan. Basansam
adalah suatu upacara menghalau kuasa-kuasa ghaib yang jahat dari melanda
kawasan petempatan orang Salako. Ini termasuklah menghalau penyakit, cuaca
buruk dan memohon keselamatan dari musuh.
Kehadiran
penduduk kawasan lain ke upacara ini dikenali sebagai bararis/babiris. Istilah ini bermaksud datang dengan membawa
sumbangan. Mereka akan mengumpul rarisatn
atau sumbangan dari penduduk kampung masing-masing. Perbuatan meminta sumbangan
ini disebut sebagai ngararis. Antara rarisatn atau barangan yang disumbang
oleh penduduk adalah seperti wang, beras, pulut, tepung, gula, gula apong, kain
putih dan sebagainya ke kawasan ini. Upacara tersebut diadakan pada setiap
tahun di Pabuisatn Guna ini. Lama
kelamaan kawasan ini digelar sebagai Kampung Sabiris (bersama-sama datang
membantu) iaitu hasil dari perbuatan babiris/bararis.
Sabiris dalam erti kata lain adalah
sikap saling membantu dan permuafakatan di antara penduduk.
Tidak lama
selepas itu dipercayai pada pada awal tahun 1940an upacara ini tidak lagi
tertumpu di Kampung Sebiris kerana setiap kampung Salako sudah mempunyai Rumah
Adat Utama. Mereka menjalankan upacara ini di kampung masing-masing pada setiap
tahun.
Melalui nilai
murni yang dipamerkan oleh orang terdahulu, kawasan yang dirahmati ini iaitu
Kampung Sebiris mendapat namanya. Namun sayang, upacara ini telah lenyap
ditelan zaman dek perubahan kepercayaan. Sebahagian besar penduduk kini telah
memiliki agama masing-masing. Majoriti penduduk Kampung Sebiris adalah beragama
Kristian. Gereja pertama di Kampung Sebiris iaitu Chapel St. Richard mazhab
Anglikan telah dibina pada tahun 1965.
Terdapat sumber
yang mengatakan Kampung Sebiris mendapat nama dari sejenis pokok yang banyak
terdapat di kawasan ini. Namun setelah diselidiki tiada pokok mahupun hidupan yang
berkaitan dengan nama Sebiris. Maklumat tentang asal usul nama Sebiris dari
perbuatan saling membantu ini diakui oleh ramai penduduk kampung sebagai satu
maklumat lisan yang disampaikan dari generasi ke generasi.
*sekiranya ada penambahbaikan sila komen di FB Villa Sebiris.
Orang sumber:
a.
En.
Noming anak Jusi
Custom Titanium Bike Frame at Tiag-XTech
ReplyDeleteThe best Titanium silicone dab rig with titanium nail Bike frame you can find online. titanium piercings Custom designs, custom-build frames and designs for titanium scooter bars your custom bike ford edge titanium 2021 frames or custom ones. suppliers of metal
wv499 jott dunkåpe,superga tenisky,jott bruxelles,deuter israel,deuterschweiz,deutersrbija,xn--deutertrkiye-jlb,deuter リュック,deuter poland lw783
ReplyDelete